Tuesday, December 29, 2009

CUBA BACA NI...


Berikut ini adalah antara sebahagian fakta menarik yang CT jumpa dalam buku '1001 Rahsia Lelaki' yang sedang CT edit. Baca-baca la...dan fikir-fikirkan la...

Lelaki lebih cepat tua,
tetapi mereka lebih lambat berkedut;

Lelaki lebih mudah hilang berat badan,
tetapi lelaki kaya lebih gemuk daripada wanita kaya;

Daya tahan lelaki terhadap penyakit lebih lemah,
tapi daya tahan sakit mereka lebih baik;

Lelaki kurang bercakap mengenai diri atau keluarga mereka,
tetapi mereka sentiasa membimbanginya;

Lelaki tidak suka berkemas,
tetapi mereka juga sukakan tempat yang kemas;

Lelaki tidak suka perempuan cerewet,
tetapi mereka sendiri jarang tidak cerewet.


CT: suka lelaki yang sendiri makan, sendiri masak, sendiri basuh, sendiri kemas...

Monday, December 28, 2009

LELAKI MEMANG 'DOUBLE STANDARD'

Semua orang tau, orang lelaki ni kalau si isteri tu tak pandai pasang badan, mula la dia orang cari pasal nak buat pasal. Walhal itu cuma alasan...hakikatnya, isteri pasang badan macam mana pun, kalau dah lelaki tu jenis buaya lapar, dia tetap buat perangai juga.

Tu satu bab. Bab yang satu lagi, CT perhatikan lelaki ni cuma ambik berat pada kecantikan isteri. Tapi diri mereka sendiri? Mandi pun tak bersabun. Kuku pun kadangkala mengalahkan kuku beruang. Sesetengahnya rambut tak bersikat. Tu pun jangan...masing-masing ada hati nak suruh bini buat bagi nampak cantik. Nampak sangat double standard dia orang. Hampeh!


CT: mencari lelaki 'pasang siap'...jika ada!

Sunday, December 27, 2009

KALAU DAH LELAKI...

Ni berita yang CT baru baca sebentar tadi:

HYDERABAD, India – Seorang gabenor di sebuah negeri di selatan India meletakkan jawatan sehari selepas saloran berita TV menyiarkan satu pita video yang didakwa menunjukkan beliau berada di atas katil dengan tiga wanita.
Gabenor itu, Narain Dutt Tiwari, berusia 86 tahun.
Berikutan penyiaran pita itu pada Jumaat lalu, pihak pembangkang dan kumpulan pejuang wanita mengadakan tunjuk perasaan di Hyderabad, ibu negeri Andhra Pradesh mendesak beliau meletakkan jawatan.
Pejabat gabenor di Andhra Pradesh mendakwa pita video itu palsu.
Bagaimanapun saloran berita televisyen berkeaan mendakwa, ketiga-tiga wanita itu dibawa ke Hyderabad oleh seorang wanita lain, yang menjanjikan lesen melombong kepada mereka jika sedia ditiduri oleh gabenor.
Ketiga-tiga wanita itu mengambil keputusan mendedahkan peristiwa itu kepada umum selepas gabenor tersebut gagal menunaikan janji memberi lesen yang mereka minta.
(Sumber: msnbc)

Bilakah kali terakhir anda membaca kisah wanita berusia 86 tahun meniduri tiga orang lelaki? Mungkin tak pernah. Membayangkan pun tak pernah. Jadi, anda faham sendiri apa yang CT maksudkan?

Lelaki, majoritinya, sampai bila-bila pun hidup bertunjangkan nafsu. Rumah kata pergi, kubur kata mari, tapi dosa tetap mereka cari...


CT:
tak rasa teruk tabik pada lelaki yang baik...sebab jumlah mereka tak ramai.

HARI TANPA PEMANDU LELAKI


Ngeri mata CT melihat visual kemalangan yang membabitkan bas Sani Ekspress di Lebuhraya Utara Selatan, yang tersiar berulang kali di TV sejak semalam.

Sayu hati mengenangkan nasib mangsa dalam kemalangan yang meragut 10 nyawa itu.
Terbayang sakitnya bila besi penghadang jalan merobek dinding bas, kemudian menerjah terus ke tubuh mereka yang mungkin sedang tidur lena ketika itu.

CT tak mahu sentuh soal ajal maut. Itu hak Allah. Yang CT nak sentuh sikit ialah soal perangai manusia, terutamanya makhluk dinamakan lelaki.

Kalau ikutkan hati, CT rasa nak cadangkan pada semua kerajaan sedunia ni supaya mewujudkan suatu hari khusus yang dinamakan 'HARI TANPA PEMANDU LELAKI'. Maksudnya, pada hari tu semua lelaki diharamkan memandu. Sentuh stering pun tak boleh.
Kemudian kita tengok apa akan jadi. CT yakin kadar kemalangan akan turun dengan mendadak. Silap-silap 'zero accident'.

CT berani kata macam tu sebab selama ini kebanyakan kemalangan berpunca daripada pemandu lelaki. Kalau pemandu sejenis CT terlibat pun, biasanya disebabkan lelaki juga. Paling tidak, mereka tak fokus kat jalan sebab dok teringat perangai laki atau teman lelakinya. Maknanya, lelaki la juga yang jadi punca.

Lelaki ni, mungkin kerana testosterone dia orang lebih sangat kut, jadi ganas semacam bila pegang stering. Ego, sombong, bongkak, gopoh, kalut, semua ada pada dia orang. Kalau ada yang sayang nyawa dengan memandu perlahan macam pemandu-pemandu perempuan, siap la. Jenuh la 'makan' hon dan mungkin maki hamun dia orang.

CT faham kebanyakan lelaki memang tak sabar nak mati. Dia orang hidup pun tak banyak gunanya. Penuh masalah. Tapi kok ya pun, jangan la ajak orang lain mati sama. Cukuplah hidup menyusahkan orang. Takkan nak mati pun nak menyusahkan orang juga?


CT: Hidup tanpa lelaki, ibarat hidup tanpa tali... tak siapa nak tambat, tak siapa nak sekat!

Tuesday, December 15, 2009

1001 RAHSIA LELAKI

CT tengah bergelut sekarang. Tengah edit buku '1001 RAHSIA MENGENAL LELAKI'...sebuah buku yang CT rasa WAJIB dimiliki oleh semua wanita. Buku ini akan mendedahkan pada anda bermacam-macam rahsia mengenai lelaki. Ia pasti membantu anda dalam memilih dan mengenali pasangan hidup.

Yalah, bab pilih pasangan ni jangan main-main. Silap haribulan buta saja kena permain.


CT: aman meng'edit' tanpa lelaki di sisi. Tak ada orang yang sibuk nak edit kita...

Friday, December 4, 2009

10 TANDA SI DIA MULA TAK SENONOH


1. Jadual hidupnya tiba-tiba berubah.

2. Perkataan ‘banyak kerja’, ‘banyak urusan’, ‘pening kepala’ makin kerap melekat di bibir.

3. Kurang masa untuk anda. Kalau ada masa pun dia macam lebih selesa nak bersendirian.

4. Cara sentuhannya berbeza; kurang ghairah.

5. 'Macam' tak boleh berenggang dengan telefon bimbit.

6. Inbox/Sent dalam text massage di telefon bimbit dia sentiasa ‘empty’.

7. Resah semacam tiap kali anda nak bersihkan atau kemaskan keretanya.

8. Cepat naik angin –impak daripada rasa bersalah atau rasa serba salahnya.

9. Terlalu defensif bila ditanya sesuatu mengenai dirinya. Jawapannya tiba-tiba jadi lebih banyak daripada biasa.

10. Gaya dan perwatakan berubah.

Sebenarnya kalau nak disenaraikan semua tanda-tanda lelaki mula jadi tak senonoh ni, sampai esok pun tak habis. Banyak sangat. Cukup la setakat tu dulu. Di kesempatan yang lain CT senaraikan lagi.

Selamat menyelamatkan diri daripada lelaki!



CT: yakin lelaki akan baik...bila dia orang dah mati!

SEKATIL DENGAN ORANG, SEKATIL SORANG-SORANG

Akhirnya sampai juga hajat CT nak berblog. Bukan nak cari glamer pun. Cuma sengaja nak lepaskan perasaan, sambil nak cari kawan-kawan senasib atau yang bakal senasib untuk bertukar-tukar pandangan.

Dulu-dulu, time ada dikepung dek jantan, tak dak chance nak hadap PC ke laptop ke. Asyik-asyik kena hadap muka dia.

Tapi jaga punya jaga, layan pun layan, ikut hati punya ikut hati, last-last jadi macam ni jugak. Tak apalah. Dah tak ada jodoh.

Dua tiga bulan pertama dulu meroyan juga. Lebih-lebih lagi bila bangun pagi dan sedar-sedar dah tak ada sesiapa di sisi. Nak membebel pun dah tak bertempat, apa lagi nak bermanja.

Tapi itu dulu. Sekarang lain. CT rasa jauh lebih tenang dan lebih lapang sekarang ni.

Rupa-rupanya banyak seronoknya hidup sorang-sorang. Tak payah bangun subuh-subuh buta untuk siapkan sarapan. Tak payah nak sediakan pakaian untuk orang lain - dah tu, pakaian tu pula digunakan untuk mengorat perempuan lain.

Sekarang ni CT nak bangun pukul berapa pun ikut suka. Nak sarapan biskut meri dengan air suam saja pun tak jadi masalah. Nak balun jus oren dengan grape dua tiga biji pun tak siapa nak perli. Kalau hari Sabtu atau hari Minggu pula tak payah fikir menu apa nak dimasak.

Senang, memang senang!
Seronok, memang seronok!
Tak kisahlah walaupun tidur tak ada yang peluk!


Jumpa lagi...


CT: menanti lelaki yang lidahnya bertulang...